Hari ini saya berasa sedikit semangat untuk menulis tentang novel-novel yang mempunyai kualiti dari pelbagai aspek serta mendapat pengiktirafan pelbagai pihak. Hal ini kerana, drama Melayu di televisyen hari ini banyak mengadaptasi novel yang bertemakan percintaan. Namun,novel Melayu sekitar tahun 1990-an jelas berbeza dengan zaman kini terutamanya dari aspek tema dan plot penceritaan. Bagi peminat novel seperti saya, wajiblah saya menyokong karya kreatif yang bersifat ilmiah terutamanya penulisan novel yang mendapat anugerah. Sebagai contohnya, novel Imam karya Abdullah Hussain pada tahun 1995 menjadi novel pilihan saya untuk diketengahkan dalam penulisan ini.
NOVEL IMAM KARYA ABDULLAH HUSSAIN
Sinopsis novel Imam karya Muhammad Haji Salleh.
Novel Imam berkisarkan soal perjuangan seorang imam yang ingin membawa pembaharuan di kampungnya sendiri. Pembaharuan yang ingin dibawa olehnya mendapat tentangan hebat dari penduduk kampung yang beragama islam serta kaum keluarganya. Imam tersebut ialah Haji Mihad yang asalnya merupakan keturunan golongan yang terpengaruh serta berpendidikan dalam bidang agama. Haji Mihad yang kembali ke kampung setelah 10 tahun menghilangkan diri apabila mengikuti angkatan tentera di Sarawak. Sebaliknya, Haji Mihad diawasi oleh pihak tentera di sana dan akhirnya beliau menetap di Indonesia bagi menuntut ilmu agama. Namun, kepulangannya ke kampung halaman dan dilantik menjadi imam menyebabkan sesetengah orang iri hati terhadap peluang yang diperolehi oleh beliau.
Seterusnya, kesedaran dan keprihatianan Haji Mihad akan kemunduran masyarakat kampung dalam pelbagai aspek seperti pemikiran, ilmu dan sebagainya menjadi faktor kepada pembaharuan yang dibawa ke kampung tersebut. Perubahan yang dibawa telah menjadi persoalan penting oleh pelbagai pihak termasuklah pihak Majlis Agama. Misalnya, pengubahsuaian suasana dan persekitaran masjid yang diceriakan dengan bunga serta bangku menjadi isu kepada penduduk kampung. Selain itu, gelanggang mainan yang dibina menggunakan tanah masjid di sekitarnya juga menimbulkan kemarahan imam tua sebelum ini. Penduduk kampung turut marah apabila kaum-kaum lain keluar masuk ke dalam masjid bagi menghadiri kelas. Oleh itu, perubahan yang dibawa jelas sukar diterima masyarakat kampung yang menggangap setiap pembaharuan itu adalah ajaran sesat.
Setiap perbuatan serta pembaharuan baru yang dibawa kepada penduduk kampung menjadi sesuatu yang agak asing dan mendapat perhatian dari pihak Majlis Agama. Tuduhan serta fitnah yang dilemparkan kepadanya menyebabkan timbul dakwaan yang mengatakan bahawa ajaran tersebut sesat. Seterusnya, pihak Majlis Agama menjalankan tanggungjawab serta amanah bagi memastikan kesahihan berita tersebut dengan menghantar wakil untuk memantau Imam Haji Mihad di Masjid Muhammad Salleh. Maklumat dan laporan yang disediakan oleh wakil dari pihak Majlis Agama menyebabkan sesi pertemuan dengan Imam Haji Mihad ditetapkan tarikhnya. Sesi soal jawab oleh pegawai dari Pejabat Agama dijalankan sebanyak beberapa sesi bagi memastikan bahawa ajarannya benar dan tidak menyalahi undang-undang dalam Islam. Oleh itu, sesi soal jawab telah memaparkan keintelektualannya dalam bidang agama walaupun mengalami sedikit perbalahan antara mereka.
Kisah Haji Mihad di soal oleh pihak Majlis Agama telah diketahui oleh beberapa orang kampung. Namun, keadaan menjadi semakin genting apabila kemunculan adik Rubiah iaitu Debok menginap di rumah Haji Mihad setelah lama menghilangkan diri. Debok yang merupakan saudara serta waris Muhammad Salleh menyebabkan Haji Syamsuri iaitu abang iparnya menjadi resah dengan keakraban mereka. Pelbagai strategi telah dijalankan oleh Haji Syamsuri bagi memperolehi jawatan Imam di Masjid Muhammad Salleh termasuklah mempengaruhi Debok. Malangnya, Debok berpihak kepada Haji Mihad yang menyebabkan Haji Syamsuri marah dan menghantar orang untuk menakutkan Haji Mihad. Keesokannya, berita kegemparan mayat Haji Mihad dijumpai oleh orang kampung. Pihak polis telah mendapatkan maklumat serta bukti bahawa Haji Syamsuri terlibat dalam pembunuhan tersebut walaupun tidak berniat untuk membunuh. Hukuman setimpal kepada Haji Syamsuri yang dipenjarakan serta namanya terkeluar sebagai waris Muhammad Haji Salleh berdasarkan wasiat. Oleh itu, Debok dipilih sebagai imam baru bagi Masjid Muhammad Salleh disokong oleh penduduk kampung setelah sedar akan kehilangan pemimpin agama yang ingin membawa manusia dekat dengan ibadah iaitu menyembah Allah S.W.T.
... Tamat...
Menarik bukan? hahaha. Saya pasti ramai tertarik dengan sinopsis ini namun novel ini tebalnya sekitar 700 muka surat. Lagi menarik sekiranya anda menikmatinya dengan membaca naskah tersebut dengan menyeluruh. Novel ini juga sudah lama diterbitkan, maka anda boleh mencari di kedai buku mahupun perpusatakaan yang berdekatan dengan anda. Baiklah, sampai disini sahaja mengenai novel ini. Insyallah jika diberi kelapangan waktu, saya ingin menulis lagi beberapa novel yang menarik dan berkualiti. Sekian, Terima Kasih.
ULASAN YANG BOEKSSSSS
BalasPadamAssalamualaikum Cik. Kalau saya nk beli novel ini, Cik nk jual tak? lama benar saya mencari novel ini.🥺
BalasPadam