SELAMAT DATANG KE BLOG NORAINI ZAINAL ABIDIN

Sabtu, 25 November 2017

Program Jelajah ke Zaman Silam Muzium Melaka




Alhamdulillah selesai program anjuran Pelajar Karya Agung Melayu (BBK4201) pada hari khamis yang lalu. Seramai 46 orang pelajar telah mengikuti program ini dan menjayakan dengan sempurna. Pengalaman dan ilmu yang diperohi akan dimanfaat dengan sebaik yang mungkin. Semoga program sebegini akan diteruskan lagi kepada generasi akan datang untuk menyematkan khazanah Melayu di bandar ini.



Marilah sama-sama kita mencintai sejarah bangsa Melayu. Sekian, Terima Kasih.

Sabtu, 11 November 2017

HANG TUAH VERSI KOMEDI

Assalamualaikum semua, baru-baru ini di televisyen mempunyai rancangan di astro warna  iaitu Sepahtu Reunion Live 2017 minggu 1. Menariknya rancangan ini adalah menggunakan Hikayat Hang Tuah sebagai tema pada minggu tersebut. Saya sangat tertarik dengan gaya spotan para pelakon dalam rancangan tersebut mendalami watak-watak Hikayat Hang Tuah. Umumnya ramai yang mengetahui bahawa bahasa Melayu Tradisional dalam Hikayat Hang Tuah sukar untuk dihafal dan diungkapkan pada masa kini. Maka, usaha rancangan tersebut telah mengangkat karya tradisional tersebut kepada masyarakat umum agar tidak dilupa. Walaupun, rancangan tersebut tidak mengikut skrip serta jalan cerita sepenuhnya daripada hikayat tersebut, namun penggunaan naskah dan tema tersebut sangat bermakna bagi pengiat sastera masa kini. Saya melihat dari sudut positif dalam rancangan tersebut iaitu adat serta nama watak juga dapat diperkenalkan kepada masyarakat umum.
Oleh itu, versi komedi merupakn teknik yang baru bagi mendekatkan masyarakat terhadap karya tradisional. Berikut merupakan link dan video bagi rancangan tersebut:



https://www.youtube.com/watch?v=r8m8eED0bGg

Selamat Menonton :)

Isnin, 6 November 2017

Adaptasi Novel Ke Filem



   Fenomena zaman kini yang gemar mengadaptasikan novel ke filem sudah menjadi kebiasaan. Hal ini demikian kerana, novel menjadi salah satu sumber kepada pengarah filem di Malaysia untuk menerbitkan filem. Penerbitan filem di Malaysia juga menjadi sumber pendapatan yang sangat menguntungkan. Sebagai contohnya, penulis dan penerbit novel yang dipilih untuk diadaptasi akan mendapat keuntungan yang lumayan. Penerbitan novel tersebut juga akan melonjok naik yang menjadi rebutan pelanggan sekiranya filem tersebut berjaya. 
  Namun, apa yang ingin saya ketengahkan dalam penulisan ini ialah kualiti serta mesej yang disampaikan kepada penonton. Misalnya, novel seperti Tenggelamnya kapal van der wijck karya Hamka mempunyai mesej serta penggunaan bahasa yang sangat menarik. Jalan cerita yang sangat menarik serta berkaitan dengan realiti di luar sana. Penggunaan bahasa sastera yang indah dalam setiap ungkapan dalam dialog dan teknik pemerian sangat memberikan kesan mendalam kepada pembaca dan penonton. Novel ini diadaptasikan kepada filem oleh negara jiran iaitu Indonesia dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada dua buah negara seperti Indonesia dan Malaysia. Kejayaan filem tersebut juga bukan sahaja tertumpu kepada plot penceritaan dalam novel tersebut. Namun, peranan pelakon dalam watak dalam filem tersebut telah memberikan kesan kepada jiwa penonton. Ungkapan serta dialog yang dilontarkan telah berjaya didalami oleh pelakon dalam filem tersebut. 
   Maka, mesej serta kualiti dalam novel ini jelas sangat bermutu sehingga berjaya menambat hati penonton dan pembaca. Buktinya kutipan daripada hasil filem dan jualan novel telah meningkat dan sedikit sebanyak meningkatkan karya novel sastera di mata masyarakat dan negara. Oleh itu, sesebuah novel yang diadaptasi haruslah mempunyai mesej serta nilai kualiti untuk dipertontonkan kepada penonton.







PEJUANG-PEJUANG SASTERA



INSAN YANG MUNCUL SEPANJANG DIRI MENGENALI DUNIA SASTERA MELAYU :)






Jumaat, 3 November 2017

POSTER "KEJAYAAN"



Assalamualaikum semua, :)
Gambar poster di bawah merupakan hasil ciptaan saya sepenuhnya dan menjadi pilihan kegemaran saya antara semua poster yang telah dihasilkan. Apa yang menarik mengenai poster ini ialah simbol kejayaan seseorang dalam kehidupan ini. Hal ini demikian kerana, tidak semua yang kita impikan dapat dikecapi dengan mudah tanpa usaha yang tinggi. Misalnya, mesej yang dikongsikan dalam poster ini adalah setiap perkara itu memerlukan 1 pegangan untuk berjaya. Maka, kejayaan dapat dinikmati setelah kita berada dikemuncak usaha yang kita lakuka. Tidak salah untuk mencuba, namun malulah apabila hendak berputus asa, kerana nilai kejayaan itu tidak tergambar kegembiraanya. Cubalah dan terus mencuba dan jangan kalah pernah kalah buat kali ke 2. Semoga semuanya berjaya dalam impian dan cita-cita yang anda inginkan. Sekian.